<
♥!IRA AKA AFRINA!♥
KERJAYA AKAN BERTAMBAH LEPAS BERKAHWIN DENGAN AWAK NANTI
Tuesday 9 October 2012 @ 00:07 | 0 Comment [s]






Saya akan jadi chef terbaik dalam hidup awak. Saya akan masak sedap-sedap bagi awak buncit. Buncit tu bukti saya masak sedap dan awak selalu makan kat rumah dengan saya. Saya tak kisah awak buncit, sebab selamanya awak handsome di mata saya.







Saya akan jadi perunding imej dan tukang jahit awak. Kalau ada baju atau seluar yang koyak, dah jadi tanggungjawab saya repair untuk awak. Tak payah dah nak pergi kedai beli baru. Saya ada :)







Kalau awak sakit, saya bersedia jadi doktor dan jururawat awak tak kira siang atau malam yang penting awak sihat. Jadi kenalah jaga kesihatan baik-baik. Kalau saya sakit, awak sudi ke jaga saya? Hee. Nak kena penampor kalau tak nak jaga. Heh.







Selepas berkahwin memang banyak nak kena kawal terutama sekali bab kewangan. Saya akan jadi pembantu kewangan awak. Saya akan tolong urus dan jaga duit awak, eh duit kita. Saya bukan kaki shopping jadi duit awak sah-sah dapat jimat. Orang kata saya kedekut, tapi sebenarnya saya dah dididik hidup susah walaupun mak ayah mampu bagi macam-macam.






Dah kahwin mesti ada anak-anak kan? Hik hik. Saya akan jadi guru terbaik untuk anak-anak kita. Pelajaran akhirat diutamakan sebab iman tak dapat diwarisi tapi saya dan awak kena usaha dan doa anak-anak kita sentiasa di jalan yang benar. Kita pun kena sentiasa betulkan diri kita sebagai ikon anak-anak. Amin..







Paling penting saya nak jadi isteri solehah yang menjaga maruah suami, taat akan perintah awak selagi tak melanggar syariat, menutup aurat bila di hadapan orang bukan muhrim dan menjadi yang terbaik dalam hidup awak. Saya nak jadi macam mak saya. Tak pernah kenal penat sebab sentiasa buat yang terbaik untuk keluarga.


Harap janganlah muntah dengan entri ni. Tak salah kan saya nak berusaha jadi macam di atas. Eh terasa macam blog terfaktab plak. Heheh. Terima kasih sudi baca. 


Older Post | Newer Post

Hye and Assalamualaikum. Thanks coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard. I LOVE U AND I MEAN IT !



DiaryAbout Lover